APAKAH GAHARU

Gaharu
  • Bongkah atau kepingan beresin atau berdamar yang diperolehi hasil daripada tindak balas yang berlaku dalam pokok karas
  • Gaharu terbentuk secara semulajadi atau secara aruhan (suntikan inokulan)
  • Resin yang terhasil ini mengandungi bahan sari atau resapan damar yang wangi
  • Juga dikenali sebagai “Wood of God” atau “ Black Gold” kerana harganya yang mahal (mencecah RM 25,000 sekilo)
Dibawah adalah contoh bongkah atau kepingan beresin atau damar.




Apakah Pokok Karas

Pokok karas merupakan tumbuhan malar hijau dan cepat tumbuh. Ianya sesuai ditanam dikebanyakkan jenis tanah kecuali tanah berpaya dan bertakung air.
Terdapat 5 spesis yang terdapat di Malaysia yang boleh menghasilkan gaharu
  1. Aquilaria malaccensis
  2. Aquilaria beccariana
  3. Aquilaria hirta
  4. Aquilaria microcarpa
  5. Aquilaria rostrata
Spesis Aquilaria berusia setahun

Pokok karas mula ditanam secara perladangan di Malaysia apabila spesis
ini mula di ancam kepupusan kerana;

  • Dituai secara berleluasa kerana nilainya yang tinggi
  • Kaedah penuaian yang salah sehingga merosakkan pokok
  • Pencerobohan haram dari Negara jiran
  • Kemerosotan sumber semulajadi
  • Penciptaan inokulan yang semakin efektif dalam pembentukan gaharu

Tanaman secara komersial

Kegunaan Gaharu

Gaharu digunakan dalam pelbagai cara termasuk perubatan tradisional dan pati minyak. Gaharu dibakar untuk menghasilkan bau-bauan yang wangi sejak dahulu lagi oleh orang-orang Cina, Arab, India dan Jepun yang mana ia banyak digunakan dalam perayaan-perayaan, adat dan keagamaan.Pati minyak yang di ekstrak daripada gaharu pula digunakan sebagai bahan campuran minyak wangi sebagai contoh, minyak ‘attar’, iaitu wangian berasaskan air yang mengandungi minyak ekstrak gaharu. Wangian tersebut digunakan secara meluas oleh orang Islam. 


Pokok karas yang berusia lebih dari 60 tahun yang hidup di dalam hutan
Pokok karas liar
Nilai Gaharu
  • Di pasaran tempatan teras gaharu dijual berdasarkan mutunya yang dibahagikan gred-gred tertentu iaitu di antara RM1000.00 hingga RM25,000.00/kg.
  • Pati minyak yang diekstrak juga dijual berdasarkan gred tertentu iaitu di antara RM350.00 – RM1200.00/pertola/ atau 12 ml.
  • Ketulan kayu / wood chip gaharu dijual berdasarkan mutu mengikut gred dari RM4 – RM350/kg.
Pasaran Gaharu
  • Data (Cites, 1997) menunjukkan negara-negara asia tenggara mengeksport lebih daripada RM48 juta ke Arab Saudi yang mana dianggarkan 26% dari nilai tersebut adalah datangnya dari sumber Malaysia.Diseluruh dunia, pasaran gaharu secara sah adalah berjumlah RM200 juta,.
  • Walaubagaimana pun jumlah ini dianggarkan hanyalah memenuhi sekitar 20% daripada permintaan sebenar gaharu dunia. Adalah dijangkakan bahawa transaksi gaharu boleh mencecah sehingga RM3 billion sekiranya sumber yang secukupnya mampu dibekalkan.

Sumber daripada Kayu Gaharu (M) Sdn Bhd